Sunday 11 December 2011

LIRIK LAGU 1 MURID 1 SUKAN

Semarakkan 1 Murid 1 Sukan
Bersatu Kita Wujudkan Perpaduan
Tingkatkan Kecemerlangan 1 Bangsa Malaysia

Berdisplin Bersukan Meningkatkan Imej Negara
Melahirkan Bangsa Sihat 1 Malaysia
Demi Mencapai Wawasan Negara

Semarakkan 1 Murid 1 Sukan
Menjadi Contoh Pelajar Terbilang
Peningkatan Ilmu Dan Beramal
1 Murid 1 Sukan Terus Cemerlang

Amalkan Semangat Kesukanan
Tingkatkan Mutu  Sukan Malaysia
Semangat Setiakawan Amalan Kita
Semoga Rakyat Makmur Sejahtera Malaysia

Berdisplin Bersukan Meningkatkan Imej Negara
Melahirkan Bangsa Sihat 1 Malaysia
Demi Mencapai Wawasan Negara

Semarakkan 1 Murid 1 Sukan
Menjadi Contoh Pelajar Terbilang
Peningkatan Ilmu Dan Beramal
1 Murid 1 Sukan Terus Cemerlang
Kita Jayakan


  Ciptaan: Abdul Razak Abd Rahman

GAMBAR-GAMBAR MURID SAYA MELAKUKAN PERGERAKAN LOKOMOTOR














LOMPAT BENTUK BINTANG






Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan





Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat kiraan



Berlari setempat 


































Lari beberapa langkah dan kemudian melompat

















Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan


GAMBAR - GAMBAR MURID SAYA MELAKUKAN PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR










































CARA-CARA MEMBUAT "ISTANA PASIR"

PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA
" ISTANA PASIR"









KEMAHIRAN ASAS DALAM PEMBINAAN "ISTANA PASIR"









MENGGUNAKAN ALATAN UNTUK MEMBENTUK
"ISTANA PASIR"






MEMBINA DINDING DI LUAR " ISTANA PASIR"







MEMBINA PARIT UNTUK MELINDUNGI "ISTANA PASIR "







CONTOH BINAAN " ISTANA PASIR"

AKTIVITI REKREASI

Berkebolehan cipta "istana pasir"
( persembahan kumpulan )

1.10.2 Menggunakan kemahiran motor halus dalam
permainan rekreasi yang melibatkan membina
"istana pasir"


2.9.2 Menjana idea kreatif semasa melakukan aktiviti
membina " istana pasir"








KEPENTINGAN REKREASI DAN KESENGGANGAN

1. PEMBENTUKAN PERSONALITI

    - Membentuk personaliti diri yang berkualiti seperti
       berdikari, berani dan yakin.


2. KEPIMPINAN

    - Melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap
      keselamatan orang lain.


3. DIMAMIKA KUMPULAN

    - Melalui aktiviti berkumpulan, seseorang itu akan
       dilatih untuk bekerjasama dalam satu pasukan dan
       belajar mengendalikan kumpulan.


4. MENINGKATKAN KECERGASAN

    - Sukan rekreasi yang melibatkan kecergasan fizikal,
      dapat meningkatkan kecergasan dirinya.


5. SOSIALISASI

    - Dapat melibatkan diri dengan aktiviti kumpulan yang
      dianjurkan oleh sesebuah pihak

    - Memberi peluang kepada kita untuk mengenali orang
       lain yang turut serta dalam aktiviti berkenaan.

    - Dapat pengalaman baru dan berkongsi pendapat dengan
       orang lain yang mempunyai minat yang sama.



6. PEMBANGUNAN INSAN

    - Dapat melahirkan insan yang bersedia berdepan dengan
       risiko dalam kehidupan peribadi dan kerjaya melalui
       pembinaan emosi yang baik.


7.  PEMBANGUNAN NEGARA

    - Masyarakat yang sihat dari sudut fizikal serta mentalnya
       boleh menyumbang kepada pembangunan negara
       khususnya dalam bidang sukan.


8. PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

    - Sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur.
   
    - Setiap lapisan masyarakat bebas melakukan
      aktiviti sukan rekreasi bersesuaian dengan
      peringkat umur mereka


9. KECERDASAN PELBAGAI

    - Dapat menguasai pelbagai peringkat kemahiran
      dalam permainan atau mana-mana aktiviti
      rekreasi yang dijalankan.

Saturday 10 December 2011

KONSEP REKREASI DAN KESENGGANGAN

A) KONSEP REKREASI

Antara konsep-konsep rekreasi :

Kepuasan kendiri (personal filfillment)

i) Fungsi, nilai dan impak rekreasi ke atas tingkah laku, ekonomi,
    sosiobudaya, politik, sekitaran dan kesihatan bangsa dan negara.
ii) Ekspresi kreatif dan apresiasi estetika

iii) Hubungan manusia yang demokratik

iv) Pembentukan personaliti dan sikap positif serta berkeyakinan
     melalui aktiviti rekreasi dan kesenggangan


B) KONSEP KESENGGANGAN

Mengikut Konsep kesenggangan Aristotle :

i)Senggang sebagai keseronokan
ii)Senggang sebagai kerja
iii)Senggang sebagai aktiviti
iv)Senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri
v)Keseronokan dan kepuasan
vi)Kesukarelaan
vii)Konstruktif

 

PERALATAN DAN CARA BERMAIN CONGKAK

Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Di sebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.




CARA BERMAIN CONGKAK

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.


Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.


Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
 

CONGKAK

            Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.
            Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.

CARA BERMAIN PERMAINAN CONGKAK

CARA BERMAIN PERMAINAN BATU SEREMBAN

Berkebolehan bermain permainan tradisional
" Batu Seremban"


CONTOH AKTIVITI KESENGGANGAN

PERMAINAN BATU SEREMBAN ( PERMAINAN TRADISIONAL )


              Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
              Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
              Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.



Menentukan Giliran

Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung ke udara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.




Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.




Buah Satu

Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan ke udara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada di udara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.



Buah Dua

Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.



Buah Tiga

Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.



Buah Empat

Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.




Buah Lima

Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.



Buah Enam

Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.




Buah Tujuh

Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.



Menimbang

Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.
Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.




Mati Permainan

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.


 
 
 
 

PENGENALAN KESENGGANGAN

A) Definisi Kesenggangan

- Masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti
  yang menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada
  seseorang individu.


- kesenggangan dilakukan ketika difikirkan perlu mengikut
  keadaan, kemudahan dan bilangan individu yang terlibat
  melakukan sesuatu aktiviti.


- Aktiviti kesenggangan mungkin berbeza antara seseorang
  individu bergantung pada faktor-faktor yang berkaitan
  dan kepentingan, tempat tinggal dan cara kehidupan
  seseorang.



CONTOH AKTIVITI KESENGGANGAN

-        Berbasikal Air
-        Membaca
-        Bermain Batu Seremban
-        Congkak
-        Layang-layang
-        Catur
-        Pondok-pondok
      -     Melukis

PENGENALAN REKREASI

A) Definisi Rekreasi

Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan .

Rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu :

i) Rekreasi dalam (in-door)-
   aktiviti yang dilakukan di dalam sesuatu tempat
   yang tidak terdedah kepada cahaya.

contoh : badminton, squash, boling


ii) Rekreasi luar (out-door)-
     aktiviti luar di mana aktiviti tersebut dijalankan
     di luar dan terdedah kepada cahaya matahari.

     contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan

 
B) Jenis Rekreasi




JENIS-JENIS REKREASI
DEFINISI
CONTOH
Rekreasi Fizikal
Aktiviti yang memerlukan keupayaan fizikal seseorang individu tersebut.
Berbasikal, berjoging
Rekreasi Sukan
Aktiviti yang memerlukan beberapa buah pasukan untuk bermain.
Bola sepak, Bola jaring, Bola tampar
Bola keranjang

Rekreasi Sosial
Aktiviti rekreasi ini memerlukan interaksi sosial yang baik dan berkesan dalam kalangan masyarakat agar aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Sukan rakyat, Sukaneka
Rekreasi Mental / Linguistik
Aktiviti rekreasi yang memerlukan keupayaan mental dan minda
Memanah, debat, pidato
Rekreasi Terapuetik

Muzik, senamrobik
Gerak tari
Aktiviti rekreasi yang memerlukan pergerakan anggota badan seperti kaki, tangan, kepala anggota badan yang lain
Yoga,
tai chi
Drama
Aktiviti ini memerlukan kebolehan dan bakat seseorang individu tersebut.
teater