Friday, 28 October 2011

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani

Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani
digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu murid kuasai dan capai. Kandungan kurikulum ini masih mengekalkan tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

Penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani adalah bertujuan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum ini menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas.

OBJEKTIF KSSR PENDIDIKAN JASMANI

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani berkebolehan untuk;-
1. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut
    konsep pergerakan;
2. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran
    motor;
3. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa
    melakukan pergerakan;
4. mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan;
5. mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala;
6. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti
    fizikal;
7. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan
    persekitaran yang selamat;
8. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan
    semasa melakukan aktiviti fizikal; dan
9. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

FOKUS MATA PELAJARAN

Terdapat tiga fokus Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bagi murid Tahun Satu iaitu: membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor; memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan; dan memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal.

MATLAMAT KSSR PENDIDIKAN JASMANI

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

Wednesday, 26 October 2011

Silly Sally the Clown- Do You Know the Muscle Man?-Kids Fitness




Video ini menunjukkan beberapa kaedah pergerakan bukan lokomotor .

Preschool Exercise - Preschool Activities - Toddler Videos



Video ini memaparkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Kanak- kanak di dalam video ini melakukan pergerakan yang berbeza kelajuan berdasarkan tempo, irama dan isyarat.

PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.