Thursday, 8 December 2011

KEMAHIRAN MANIPULASI ALATAN

KONSEP MANIPULATIF ALATAN

Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan baik pergerakan loko motor ataupun pergerakan bukan loko-motor.Kemahiran manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah lagi, ini kerana pada peringkat ini kanak-kanak lagi mudah menerima apa yang diajar oleh guru.Sekiranya pergerakan ini diajar pada peringkat sekolah rendah ataupun prasekolah ini akan meningkatkan kemahiran kanak-kanak itu lagi iaitu kemahiran motor kasar mahupun kemahiran motor halus,ini kerana akan melahirkan kanak-kanak yang cergas dan cerdas dalam ko-kurikulum seperti bersukan.
Sekiranya ianya dapat diterapkan pada peringkat awal lagi sudah pasti misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) yang hendak melahirkan anak—anak yang aktif dalam semua bidang akan berjaya.Kemahiran ini banyak memerlukan penggunaan angota badan seperti tangan,kaki,dan pergerakan badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek.
Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan koordinasi anggota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.Sekiranya kanak-kanak dapat mengetahui dan menguasai kemahiran manipulatif ini mereka akan lebih yakin dan koordinasi badan mereka akan lagi tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mempelajari kemahiran manipulatif.

No comments:

Post a Comment