Tuesday, 6 December 2011

ORGANISASI KANDUNGAN

Dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Satu merupakan dokumen pembelajaran untuk satu tahun persekolahan yang diorganisasi secara modular mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dalam kurikulum modular, kandungan dikelompokkan kepada bahagian-bahagian yang dinamakan sebagai modul. Modul  merangkumi kandungan pembelajaran dalam bentuk unit kendiri-lengkap(self-contained) yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai dan dicapai.


Justeru, Kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun Satu dibina berasaskan lima aspek iaitu:-
  
Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan

Melalui Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:-
  
1.  konsep pergerakan,

2.  pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan
     lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama,

3.  gimnastik asas,

4.  akuatik asas, dan

5.  rekreasi dan kesenggangan

Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan

Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasi pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-
  
1.konsep pergerakan,

2.pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan
   lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama,

3. gimnastik asas,

4. akuatik asas, dan

5. rekreasi dan kesenggangan.

Aspek 3: Kecergasan Meningkatkan Kesihatan

Melalui Aspek 3,  murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:-
  
1. konsep kecergasan, dan

2. komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti
    aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi badan.

  
Aspek  4: Aplikasi Pengetahuan DalamMeningkatkan Kecergasan

Melalui Aspek 4, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:
  
1. konsep kecergasan, dan

2. komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti
    aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi badan.


Aspek 5:  Kesukanan

Melalui Aspek 5 murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi,prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan:-


1.  keselamatan dan pengurusan,

2.  tanggungjawab kendiri,

3.  interaksi sosial, dan

4.  kumpulan dinamik

Susunan kurikulum ini adalah bertujuan memudahkan kandungan kurikulum ini dilaksanakan. Setiap aspek dalam dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu yang hendak dicapai dinyatakan dalam lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi kandungan yang perlu dipelajari oleh murid. Manakala lajur Standard Pembelajaran menunjukkan apa yang murid perlu kuasai dan capai. 

  



 
 

No comments:

Post a Comment