Saturday 10 December 2011

BENTUK-BENTUK PERGERAKAN MANIPULATIF ALATAN

Manipulatif alatan mempunyai pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak bagi meningkatkan lagi kemahiran motor kasar dan motor halus seseorang kanak-kanak itu. Antara bentuk-bentuk pergerakannya adalah menyambut, memukul, dan membaling. Di bawah pergerakan membaling ini terdapat 2 subtopik bentuk gerakan balingan iaitu gerakan balingan bawah paras bahu dan balingan atas bahu.

Bentuk pergerakan manipulatif alatan yang pertama adalah gerakan menyambut. Gerakan ini mudah dilakukan oleh kanak-kanak samada berseorangan mahupun berpasangan kerana pergerakannya tidak susah dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Pergerakan menyambut ini, boleh meningkatkan lagi motor kasar kanak-kanak dan dapat merenggankan otot-otot serta dapat menyihatkan tubuh badan. Walaupun aktiviti ini mudah dilakukan, ianya memerlukan cara yang betul bagi malakukannya. Cara-cara pergerakan menyambut dilakukan dengan seseorang penyambut haruslah berada setentang, tepat di belakang atau di bawah paras bola yang dihantar bagi memastikan tangkapan yang baik. Di samping itu, kedua-dua belah tangan dihulurkan ke hadapan bagi membuat tangkapan. Sebaik sahaja bola sampai ke tangan undurkan tangan ke arah badan untuk menghasilkan tangkapan yang sempurna. Contoh-contoh aktiviti pergerakan menyambut adalah melambung pundit kacang ke udara dan menyambut semula, menyambut pundit kacang yang dilempar oleh pasangan, melantun bola di dinding dan menangkap semula.

              Bentuk pergerakan manipulatif alatan yang terakhir adalah pergerakan membaling. Pergerakan ini terdiri daripada dua bentuk gerakan iaitu gerakan balingan bawah aras bahu dan gerakan balingan atas paras bahu. Bentuk gerakan balingan bawah aras bahu dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan bagi kanak-kanak yang tidak mahir lagi dan bagi yang telah mahir balingan bolehlah dilakukan dengan sebelah tangan sahaja menggunakan sebiji bola kecil. Pergerakan ini memerlukan cara balingannya yang tersendiri iaitu pembaling berdiri dengan merapatkan kaki menghadap sasaran, tangan kanan diluruskan ke bawah dan ke belakang. Pada masa yang sama, badan berpusing sedikit ke kanan dan berat badan disokong oleh kaki kanan. Seterusnya tangan dihayun pantas ke hadapan dan pada masa yang sama kaki kiri melangkah ke hadapan serta bola dilepaskan apabila bola berada pada sudut tepat bersetentangan dengan sasaran. Di samping itu, tangan kiri menghayun ke belakang untuk menyokong imbangan badan.


Bentuk pergerakan membaling yang kedua ialah gerakan balingan atas paras bahu. Aktiviti balingan ini memerlukan cara yang betul bagi menjalankannya, tidak kiralah dengan menggunakan bola atau alatan lain. Antara caranya, pembaling yang menggunakan tangan kanan mestilah berdiri dalam kedudukan kaki kiri ke hadapan dan sisi kiri menghala ke sasaran. Jejari menggengam bola dan tangan pembaling dihayun ke belakang sehingga kedudukannya menjadi sudut tegak dengan badan dan bola berada pada kedudukan di belakang telinga serta pergelengan tangan dikunci. Kemudian bawa tangan yang mengengam bola ke arah hadapan dengan siku mendahului dan bola dilepaskan pada paras bahu. Seterusnya keseluruhan tangan dilajakkan menghala ke arah sasaran dengan melangkahkan kaki kanan untuk membaiki imbangan.


Kesemua pergerakan manipulatif ini melibatkan penggunaan motor kasar dan motor halus. Penggunaan motor halus melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki dan lidah. Keadaan ini dapat dilihat di mana mata akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana kanak-kanak perlu menggunakan otot tangan dan jari. Penggunaan motor kasar pula melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Penggunaan motor kasar dapat dilihat misalnya, semasa kanak-kanak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bola. Bola inilah yang bertindak sebagai objek untuk meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak tersebut. Oleh itu, kesemua bentuk pergerakan manipulatif alatan ini memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi yang lebih sistematik dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan bagi meningkatkan lagi perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak.


No comments:

Post a Comment