Thursday 8 December 2011

JENIS - JENIS PERGERAKAN ASAS

Pergerakan asas terbahagi kepada 2 kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik.

1. Pergerakan Kreatif 

Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan -gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif ( meliputiaktivti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expression functional ).

Pendekatan pergerakan kreatif digunakan di dalam pergerakan asas.Bagi mempertingkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya dalam menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.


2. Pergerakan Gimnastik

Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Konsep asas gimnastik terbahagi kepada tiga iaitu kelenturan, imbangan dan koordinasi. Ketiga-tiga konsep tersebut memainkan peranan penting dalam melahirkan ahli gimnastik. Dalam erti kata lain, ketiga-tiga konsep tersebut merupakan asas penilaian terawal seseorang individu yang ingin menceburkan diri dalam sukan gimnastik.

I. Konsep Imbangan  
Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri-ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Imbangan juga boleh difahami sebagai kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan ialah seperti, aksi-aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat serta meluncur yang merupakan antara lakuan memindahkan beban yang lazim. Contoh lain ialah berjalan sambil menjengket di atas garisan lurus dan juga berjalan diatas bangku gimnastik.

II. Konsep Kelenturan ( flexibility )                         

Kelenturan ialah keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak dengan sepenuhnya. Contoh ialah membongkok badan ke hadapan. Menurut Safrit & Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan sesuatu sendi, iaitu pergerakan dari fleksi ke ekstensi ataupun ekstensi ke fleksi.Fleksi adalah pergerakan menekuk atau membengkok. Ekstensi pula adalah pergerakan untuk meluruskan. Contoh bagi teori ini ialah gerakan ayunan lutut pada kegiatan gerak jalan.Gerakan ayunan ke depan merupakan (ante) fleksi dan ayunan ke belakang disebut (retro) fleksi / ekstensi. Ayunan ke belakang yang lebih lanjut disebut hiperekstensi. Manakala menurut Johnson & Nelson (1986), kebolehan anggota dan sendi bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan pada bahagian “artikulasi” dan penyambung otot.

III. Konsep Koordinasi                

Konsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki, dan badan. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistem dan organ serta penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu. Contoh aktiviti,ialah melambung dan menyambut bola besar atau pundi kacang yang mana memerlukan keselarasan mata, tangan,kaki dan badan untuk melambung dan menyambut bola tersebut. Koordinasi badan terdiri daripada koordinasi kimia dan juga koordinasi saraf. Koordinasi kimia ialah bergandingan dengan koordinasi saraf serta dikawal oleh hormon dan kelenjar endokrin. Hormon ialah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan dan dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin digelar kelenjar tanpa duktus kerana ia membebaskan hormon terus ke dalam aliran darah kita.Terdiri daripada enam jenis kelenjar endokrin utama iaitu pituitari, tiroid, adrenal, pankreas, ovari dan juga testis. Jika kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan mencacatkan aktiviti badan dan contohnya ialah jika hormon yang dikeluarkan dari pankreas tidak mencukupi seseorang akan mengidap kencing manis. Dengan ini, secara tidak langsung mengganggu koordinasi dalam melakukan aktiviti.
 

No comments:

Post a Comment