Wednesday 7 December 2011

KONSEP ASAS PERGERAKAN

DEFINISI

Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak ( movement ) yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan Asas pula bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti.Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk  belajar. Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik.Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang berikut iaitu ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan, kemahiran gimnastik.

Konsep Pergerakan Asas.

Konsep pergerakan asas terbahagi kepada 4 iaitu :

1.Kesedaran ruang.

2.Kesedaran tubuh badan.

3.Beban .

4.Ruang.



II. Kesedaran ruang

Kesedaran ruang melibatkan lokasi, arah , aras , laluan dan ekstensi.

Lokasi - ruang diri dan ruang am.

Arah - ( atas- bawah ), ( kiri-kanan ), ( depan- belakang )

Laluan - lurus , melengkung , zig - zag.

Ekstensi - ( besar - kecil ) , ( jauh - dekat )

Kesedaran ruang menentukan arah pergerakan tubuh badan. Ia juga dapat mengesan tempat pergerakan, arah pergerakan dan dari mana datangnya gerakan.


II. Kesedaran Tubuh Badan.

Elemen asas yang terdapat dalam kesedaran tubuh badan ialah :

Gerak laku asas tubuh.

Aktiviti gerak laku anggota - anggota tubuh.

Aktiviti serta bentuk - bentuk tubuh badan.

Manakala kesedaran tubuh badan dalam lakuan bahagian tubuh badan memfokuskan fungsi bahagian tubuh badan yang menyokong tubuh badan serta membimbing dan memikul berat badan.


III Beban

Beban pula melibatkan kelajuan sesuatu pergerakan. Ia juga menitikberatkan akan kekuatan. Antaranya.-

Masa : cepat - lambat.

Daya : kuat - ringan.

Aliran : bebas - terikat.

IV. Perhubungan.

Perhubungan adalah berkaitan dengan objek dan manusia. Sebagai contoh;

1.Objek : atas - bawah, dekat - jauh, keliling - sisi,
               bertemu - berpisah.

2.Manusia. Memimpin - ikat, solo,
                                   berpasangan dan berkumpulan.

No comments:

Post a Comment