Saturday 10 December 2011

PERBEZAAN ANTARA PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang menyebabkan
   kedudukan seseorang akan berubah dari satu tempat ke satu
   tempat yang lain.

 

Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong
  seseorang berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari
  disebut bergerak dan beredar.


 

Pergerakan bukan lokomotor pula merupakan pergerakan yang
  hanya menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa mengubah
  kedudukan seseorang atau pergerakan tanpa beralih arah.


• Pergerakan ini juga tidak mengubah dasar menyokong pelaku
  pergerakan seperti melambung, membaling dan melayang.


• Pergerakan yang melibatkan dan kebolehan seseorang
  menggunakan otot-otot atau motor kasar melalui pergerakan
  seperti melompat dan berlari.


Pergerakan lokomotor merupakan kebolehan bergerak
  menggunakan otot-otot kecil.


• Ianya lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan
  pada sendi buka-tutup dan pusing putar.


Pergerakan lokomotor juga merupakan pergerakan yang banyak
  menggunakan ruang. Hal ini kerana, pergerakan ini memerlukan
  kedudukan pelaku berubah dan menyebabkan ruang yang
  digunakan adalah besar.



• Berbeza dengan pergerakan bukan lokomotor yang kurang
  memerlukan ruang kerana pelaku hanya kekal di tempat yang
  sama atau statik sahaja. Walaupun begitu, pergerakan ini
  memerlukan ruang tetapi hanya sedikit sahaja.




No comments:

Post a Comment