Wednesday 7 December 2011

STANDARD KANDUNGAN

ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN

Konsep Pergerakan

1.1 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan
      berdasarkan konsep pergerakan.

Pergerakan Asas

Pergerakan Lokomotor

1.2 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan
      lokomotor dengan lakuan yang betul.

Pergerakan Bukan Lokomotor

1.3 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan
      bukan lokomotor dengan lakuan yang betul.

Kemahiran Manipulasi Alatan

1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran
      manipulasi alatan dengan lakuan yang betul.

Pergerakan Berirama

1.5 Berkebolehan melakukan pelbagai
      kemahiran pergerakan mengikut irama.


Gimnastik Asas

Hambur dan Pendaratan

1.6 Berkebolehan melakukan kemahiran
      hambur dan pendaratan dengan lakuan yang betul.

Kawalan Badan dan Sokongan

1.7 Berkebolehan melakukan pergerakan
      yang memerlukan imbangan dan sokongan badan.

Putaran

1.8 Berkebolehan melakukan kemahiran
      putaran dengan lakuan yang betul.

Akuatik Asas

1.9 Keyakinan dan keselamatan dalam air.

Rekreasi dan Kesenggangan

1.10 Berkebolehan melakukan aktiviti
        rekreasi dan kesenggangan.


ASPEK 2 : APLIKASI PENGETAHUAN
                  DALAM PERGERAKAN

Konsep Pergerakan

2.1 Mengenal pasti dan melakukan
      konsep asas pergerakan.

Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor

2.2 Memahami dan membezakan pergerakan lokomotor
      dengan bukan lokomotor.

Kemahiran Manipulasi Alatan

2.3 Mengetahui konsep dan prinsip asas
      kemahiran manipulasi alatan.

Kemahiran Berirama

2.4 Memahami konsep gerak edar mengikut irama.


Gimnastik Asas

Hambur dan Putaran

2.5 Memahami konsep Hambur dan Pendaratan

Kawalan Badan Dan Sokongan

2.6 Mengetahui konsep kawalan badan dalam pergerakan.

Putaran

2.7 Memahami konsep putaran dalam pergerakan.

Akuatik Asas

2.8 Mengaplikasikan konsep keyakinan dan keselamatan dalam air.

Rekreasi dan Kesenggangan

2.9 Menjana kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan.


ASPEK 3 : KECERGASAN MENINGKATKAN KESIHATAN

Konsep Kecergasan

3.1 Berkebolehan melakukan aktiviti
      fizikal berpandukan konsep kecergasan.


Komponen Kecergasan

Kapasiti Aerobik

3.2 Berkebolehan melakukan aktiviti
      yang membina kapasiti aerobik.

Kelenturan

3.3 Berkebolehan melakukan aktiviti kelenturan.

Kekuatan dan Daya Tahan Otot

3.4 Berkebolehan melakukan aktiviti
      meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot.

Komposisi Badan

3.5 Mengenal pasti komposisi badan.


ASPEK 4 : APLIKASI PENGETAHUAN
                   MENINGKATKAN KECERGASAN

Konsep Kecergasan

4.1 Menguasai konsep kecergasan yang diaplikasikan semasa
      melakukan aktiviti kecergasan fizikal


Komponen Kecergasan

Kapasiti Aerobik

4.2 Menguasai konsep asas kapasiti aerobik.

Kelenturan

4.3 Menguasai konsep asas kelenturan.

Kekuatan dan Daya Tahan Otot

4.4 Menguasai konsep asas kekuatan dan daya tahan otot.

Komposisi Badan

4.5 Mengetahui komponen badan.


ASPEK 5 : KESUKANAN

Keselamatan dan Pengurusan

5.1 Mematuhi dan mengamalkan
      elemen pengurusan dan keselamatan.

Tanggungjawab Kendiri

5.2 Mempunyai keyakinan, dan tanggungjawab kendiri
      semasa melakukan aktiviti fizikal.

Interaksi Sosial

5.3 Berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara
      semasa melakukan aktiviti fizikal.

Dinamika Kumpulan

5.4 Berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama
      dalam kumpulan.

No comments:

Post a Comment